Bila kita sebut OBESITI, mesti semua
orang dah terbayang keadaan fizikal seseorang yang mempunyai masalah berat
badan berlebihan. Itu memang yang paling jelas la kan. Tetapi sebenarnya ada
cara yang lebih tepat untuk kita tahu tahap obesiti seseorang itu iaitu melalui
kiraan BMI atau Body Mass Index.
Obesiti ni terjadi kerana beberapa
faktor
~ Pemakanan yang tidak seimbang –
lebih mudah mengambil fastfood sebagai hidangan tengahari atau malam.
Pengambilan karbohidrat yang berlebihan dalam potion makanan.
~ Kurangnya aktiviti fizikal –
terutama yang bekerja di pejabat kerana hanya duduk seharian mengadap komputer.
~ Tidak/kurang bersenam – tidak
melakukan sebarang aktiviti bersenam samada di dalam atau di luar rumah.
~ Kadar metabolisma yang rendah –
faktor usia meningkat juga menurunkan kadar metabolisma badan, maka makanan
tidak diproses sepenuhnya menjadi tenaga.
Jadi, sebelum saya teruskan dengan
kesan-kesan buruk ke atas kesihatan akibat obesiti, apa kata cek dulu ada tak
antara faktor di atas sama dengan korang? Cuba kira BMI masing-masing adakah
masih di tahap normal atau dah hampir-hampir nak cecah obesiti? Urrghhh.. scary
kan?!
Sampai jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment