Friday, March 6, 2015

5 Kesan Buruk Obesiti Ke Atas Kesihatan Yang Sering Kita Abaikan (Part 1)

Selain keadaan fizikal yang kelihatan besar, obesiti sebenarnya membawa banyak penyakit bersama. Obesiti boleh menjadi bahaya kepada kesihatan sekiranya tidak dikawal dan dipantau sebaiknya.

Obesiti boleh menjadi risiko kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Dalam entry ini, saya kongsikan 5 penyakit berbahaya akibat obesiti.

~ Risiko Serangan Sakit Jantung – apabila saluran darah tersumbat dan jantung diselaputi dengan terlalu banyak lemak, maka risiko mendapat serangan sakit jantung juga meningkat

~ Diabetes (Type II) – kandungan gula berlebihan dalam badan yang tidak dapat diproses menjadi tenaga akan menyebabkan penyakit kencing manis

~ Osteoarthritis – Sendi terpaksa menampung berat badan berlebihan dan akhirnya akan menyebabkan kemerosotan tulang rawan. Ianya boleh menyebabkan tulang bergesel dan akhirnya pecah.




~ Tekanan Darah Tinggi – salah satu risiko obesiti yang paling ketara disebabkan lemak berlebihan menghalang pengaliran darah yang lancar dan memberi tekanan yang tinggi dalam salur darah.

~ Masalah Respiratori – adalah biasa bagi mereka yang berbadan besar ini berdengkur ketika tidur. Ini adalah kerana saluran pernafasan menjadi lebih sempit dari biasa.

Perhatikan sekeliling kita, berapa ramai di antara kita atau ahli keluarga yang mempunyai masalah seperti yang disebutkan di atas. Apa peranan kita sebagai ahli keluarga untuk membantu mereka? Kebiasaannya para doktor pasti akan menasihatkan mereka yang mempunyai masalah-masalah ini supaya menjalani kehidupan yang lebih sihat.




Ini baru sebahagian dari masalah kesihatan akibat obesiti. Saya akan sambung lagi 5 masalah di entry seterusnya. Tak mampu nak sambung sampai abis sebab saya yang menaip pun dalam kengerian. Tak dapat membayangkan bagaimana obesiti ini mampu menyebabkan banyak penyakit berbahaya.


Sampai jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment