Selain keadaan fizikal yang
kelihatan besar, obesiti sebenarnya membawa banyak penyakit bersama. Obesiti
boleh menjadi bahaya kepada kesihatan sekiranya tidak dikawal dan dipantau
sebaiknya.
Obesiti boleh menjadi risiko kepada
masalah kesihatan yang lebih serius. Dalam entry ini, saya kongsikan 5 penyakit
berbahaya akibat obesiti.
~ Risiko Serangan Sakit Jantung –
apabila saluran darah tersumbat dan jantung diselaputi dengan terlalu banyak
lemak, maka risiko mendapat serangan sakit jantung juga meningkat
~ Diabetes (Type II) – kandungan
gula berlebihan dalam badan yang tidak dapat diproses menjadi tenaga akan
menyebabkan penyakit kencing manis
~ Osteoarthritis – Sendi terpaksa
menampung berat badan berlebihan dan akhirnya akan menyebabkan kemerosotan
tulang rawan. Ianya boleh menyebabkan tulang bergesel dan akhirnya pecah.
~ Tekanan Darah Tinggi – salah satu
risiko obesiti yang paling ketara disebabkan lemak berlebihan menghalang
pengaliran darah yang lancar dan memberi tekanan yang tinggi dalam salur darah.
~ Masalah Respiratori – adalah biasa
bagi mereka yang berbadan besar ini berdengkur ketika tidur. Ini adalah kerana saluran
pernafasan menjadi lebih sempit dari biasa.
Perhatikan sekeliling kita, berapa
ramai di antara kita atau ahli keluarga yang mempunyai masalah seperti yang
disebutkan di atas. Apa peranan kita sebagai ahli keluarga untuk membantu
mereka? Kebiasaannya para doktor pasti akan menasihatkan mereka yang mempunyai
masalah-masalah ini supaya menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Ini baru sebahagian dari masalah
kesihatan akibat obesiti. Saya akan sambung lagi 5 masalah di entry seterusnya.
Tak mampu nak sambung sampai abis sebab saya yang menaip pun dalam kengerian.
Tak dapat membayangkan bagaimana obesiti ini mampu menyebabkan banyak penyakit
berbahaya.
Sampai jumpa lagi..